RSS

#throwback ~ Pengalaman mengandung & bersalin second baby!

WOW.. punyalah berzaman tidak menulis di blog ini.  Actually, nothing that I want to share pun.  No ideas.  takde orang baca pun.  :) So, what the purpose of having blog? hurmmm.. ntah laaa nok.. orang ada, iols pun nak jugak ada..

Anyway, since Izz Rayyan pernah ada write up about experience delivering him.  Why not for my second baby?  Tapi disebabkan nearly 1 year 5 months sejak lahirkan second baby, so agak2 lupa laa sorotan cerita nya.  

Okehhh bebeh, read my experience about having my second little caliph!

# February 2013
  • Knowing that I'm pregnant! Memang sedang trying to conceive, kosong 1 - 2 bulan (can't remember exactly) and now I'm pregnant.  Alhamdullillah.  Since most of my friend keep advising me to give Rayyan adik, sebab dok mengomel tahap kelasakkan Izz Rayyan.  Orang cakap kalau bagi adik, dia jadik baik laa.. (really?).. we'll see..
# Mac 2013
  • Dah start morning sickness but totally different with Izz Rayyan.  Time Izz Rayyan, asyik muntah je.. berat pun turun 15 kg.  However, time Luth pulak loya je sentiasa.. dalam 3 bulan tu ada beberapa kali je muntah. Tapi you know what.  Loya lagi teruk menahan dari muntah.  Bila loya je memanjang, rasa tersangat2 lemah.  
# April 2013
  • Tuhan duga dengan chickenpox.  Sengsaranya uolsss kena cikenpok tua2 nih!  Sakitnya tak tau la nak kata.  And I'm alone.  Jaga diri sendiri sahaja.
# May - November 2013
  • Along the pregnancy, memang sangat2 tidak cergas.  Low BP, low HB.. senang pitam.. tapi tak sakit kepala macam masa pregnant rayyan.  Just rasa pusing saja.. sangat-sangat tidak productive.  tapi tiba2 suka menjahit.. ekekeke.. tapi jahit sarung bantal je la.. jahit lain tak tau pon.. Pastu kena ulang-alik check up kat pakar O&G di Hospital Sungai Buloh.  Penatnya la haiii..
#12 November 2013
  • Tengah tido, tiba2 rasa macam very very mild contraction yg consistent.  Masa tu tersedar dalam 3.00 pagi.  tapi tak sakit.  Bertahan lagi.
#13 November 2013
  • Kol 8.00 pagi call nurse kat klinik kesihatan, tanya what should I do? (tetiba blur nak buat apa).  Nurse pesan, pegi hospital cepat2 sebab ni 2nd baby, so selalunya proses cepat.  So around 11 am tu sampai la hospital.  Masuklah dok dalam tu.  Agak horror keadaannya.  Tengok orang2 sebelah tengah menahan contraction sambil duduk.  Adoyaiiii.. terkebil2 la tgk.. Nurse check, memang contraction dah kerap n kuat (tapi tak rasa sakit pun).  Pastu Doc check bukaan, baru 0.5cm katanya dan suruh balik.  Bila dah sakit sgt baru dtg balik.  
  • Chehh.. aku menunggu dari kol 11am-5.00pm kot.. Ingat dekat ke nak ulang-alik?  Pastu dengan redhanya berjalan la berlenggang-kangkung keluar hospital.  Nampak Zulfadly tengah dok mencangkung betul2 depan pintu dengan muka ketatnya. ehhehehe.. naik keta, dia terus ajak pegi Hospital Umra. iols likee.. Whatttt?? kita tak check up sana kot.. tak dapat la harga pakej.  Dia kata belasah je laaa.. iols pun.. jommm.. (konfiden sebab so far tiada komplikasi yg serious). 
  • Sesampainya kat Umra, doktor check and kata dah bukak 1.5cm.  So terus check in masuk ward.  Masa scan doktor tu suspek baby besar, tapi dia panggil doktor lain untuk double confirm.  tapi the 2nd doktor kata takde la besar.  Below 3.5kg je..
  • Masuk ward, rehat2 kejap,  Mintak zulfadly beli nasi goreng kampung yg dah lama mengidam tu.  Pastu start 9.00pm, dah start contraction yang kuat.  Bagusnya Umra ni, diorang tak kerap check bukaan bawah tu.  Diorang just tanya pasal contraction je. Pastu agak-agak bila bersalin.  Kol 11.00pm, diorang soh jalan ke labor room.  Yeeeee puan-puan.. JALAN.. hahaha.. dah la sakit kotttt.. iols siap mintak wheelchair sebab tak larat nak jalan tapi nurse pujuk jalan.. katanya memudahkan proses bersalin.. OK fineeeee...
#14 November 2013
  • Time ni dah sakit yang teramat2 sangat.. menggelupur atas katil.. siap suruh nurse bukak wire2 kat perut tu sebab rimas. Pastu nurse tanya, ada rasa macam nak berak tak? Iols tak pernah ada experience perasaan itteww, so cakap je la ada. Padahal tu sakit contraction je.. pastu push push xboleh jugak keluar.. Siap mintak epidural, ubat tahan sakit.. (dalam hati tgh ctrl mulut daripada mintak czer) tapi nurse tak bagi sebab bukaan dah 10cm.. So, mintak doktor stop kejap.  Tak lama lepas stop tu, baru rasa perasaan nak terberak tu.. dalam hati baru tau, macam ni rupanya perasaan ituu.. memang rasa macam nak terberak sesangat.. xleh nak ctrl.. Tapi push banyak kali pun xleh nak keluar.  Zulfadly dah baca bermacam2 zikir (but seriously it helps you to soothe).. Menangis nak keluarkan baby yg sorang ni..sakit yg teramat sgt.. tahan je mulut darik mintak czer.. push punya push punya pushhhhh.. last2 kepala baby dah turun, and doktor terus cavuum.. Keluar lahh baby ku yg malu2 melihat dunia itewww pada jam 1.30am..
  • Lepas baby keluar, automatically hilang rasa sakit tu.. Zulfadly Azan kan baby.. alhamdullillah, semua selamat.  Duit pun selamat.. heheheh.. yang penting! baby boy ku itu seberat 3.98kg.. patutlaaa susah sangat nak push nak oiiii.. 

Begitulah adanya kisah mengandung dan bersalinkan Luth Idraki bin Zulfadly.. :) bad experience but not hindering me to pregnant agaiiinn.,. ahhahaha.. caiyokkkk ma!

0 comments:

Post a Comment