RSS

Mother's day = Mother church day?




Lets go to the history of Mother's Day (MD). Starts around year 1600, Christians honoring Virgin Mary (VM) on every 4th day of lent. Also known as Mothering Sunday (MS). The tradition continued and gradually died. Early 19th century, 2 activists fought to have 1 special day, to honoring motherhood. Story cut short, approved and celebrated on 2nd Sunday of June in US.

Most articles mentioned that MD & MS are 2 different & unrelated celebrations. Tiada hubungkait disitu. Even, certain countries distinguished these 2 celebrations by having : MD and Virgin Mary Day/Bolivian Day.. Some countries prefer to celebrate women's international day instead of MD.

My questions:

1. Does the new official MD fought by the activists purposely to celebrate VM or just motherhood?

2. If MD is MS, why I didn't see any of non-Muslim friends post/share any status or photos that honoring VM during MD?

Some people say that we should celebrating mothers everyday, all day long. (Yes, definitely agree!)..Jangan ada hari tertentu je.. (hurmmm). . However, 1 special day is needed to show extra special appreciation and love. Some people just don't know to show their love or appreciate others, unless being told to do so. 

Instead of pray for their wellbeing everyday after solat or at the time when we suddenly remember them and say 'sayang emak' everyday, why not we have 1 special day to be more extra special than other ordinary day. People won't give u gift everyday, won't show their appreciation to you everyday. Macam perbezaan feeling dapat bunga hari2 dengan dapat bunga setahun sekali. We will feel that the once a year thinggy is more valuable. Kannnnn..

As a conclusion, it just a matter of niat. Niat kita hanya nak buat ibu-ibu extra happy & rasa lebih dihargai. We just want the mothers to have their own special day. Selagi dia masih ada depan mata kita. We can create memorable moments with them. Their happy and suprise faces are worthless..

Fahamilah Wahai Izz Rayyan bin Zulfadly..

Ma sangat bersyukur kerana Allah S.W.T telah beri peluang yang sangat beerti dalam hidup walaupun sementara iaitu:

  1. Dapat menjaga Izz Rayyan bin Zulfadly sepenuh masa
  2. Menjadi suri rumah sepenuh masa kepada Zulfadly 
  3. Menjadi anak sepenuh masa pada bulan-bulan terakhir sebelum Tuhan mengambil kembali Norlaila Abd  Hamid..
Selain dari kegembiraan dan kesibukan menimba ilmu, masa-masa yang ada digunakan untuk menjalankan kewajipan.  Dalam masa setahun, aku sempat kerap balik and tinggal lama di Ipoh untuk menjaga arwah emak yang sedang sakit. Lebih-lebih lagi apabila emak sudah tidak boleh bercakap serta tidak boleh bangun dan jalan sendiri tanpa dipimpin.  Terima kasih sangat-sangat kepada abah Rayyan kerana memberi keizinan untuk Ma balik Ipoh. Cuma nasib tidak menyebelahi kerana rancangan untuk balik tidak sempat kerana Allah S.W.T telah terlebih dahulu mengambil emak. Untuk pertama kali nya dalam hidup emak, tiada seorang pun anaknya dapat menjaga emak ketika emak ditahan dihospital buat kali terakhir.  Mira di Sarawak, aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan assignments dan Along sedang berusaha untuk menyiapkan kerja yang tertunggak kerana telah bercuti lama untuk menjaga emak.  Hanya abah peneman setia emak sehingga akhir hayatnya. Selama ini aku sanggup tinggalkan kerja2 semata2 untuk menjaga Emak tetapi kenapa pada saat2 aku berusaha menyiapkan kerja yang tertunggak, Emak pergi tinggalkan aku?. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya hati ini.  Tapi aku percaya semua ada hikmahnya.

Emak pernah berkata pada kami sejak kecil, "semoga Tuhan mengambil nyawanya setelah anak-anaknya pandai berdikari dan hidup sendiri".  Itu kata-kata dari seorang insan yang menderitai penyakit dan mengetahui bila-bila sahaja ajalnya akan sampai. Emak tinggalkan kami serba-serbi lengkap.  Dia telah sekolahkan kami, telah mendidik kami, mengasuh kami dengan baik walaupun kehidupannya sentiasa dirundung masalah.  Sangat memuja semangat dan cara fikirannya walaupun hanya bekerja dikilang tetapi mempunyai akal fikiran yang sangat terbuka dan jauh kehadapan.  Selalu berpesan "Emak nak anak-anak emak semua berpendidikan tinggi dan bekerja.. emak taknak korang hidup susah dan boleh teruskan hidup tanpa menyusahkan orang 'andaikata' rumahtangga ditimpa masalah.. hidup ini tak boleh dijangka".  Emak sangat mengajar dan mementingkan INDEPENDENT & SURVIVAL SKILLS didalam diri anak-anaknya.  Pengalaman hidup kami telah megajar kami menjadi gigih dan berusaha mencari rezeki sendiri... KAMI SUDAH PENAT SUSAH..

Oleh itu anakku, bukan niat Ma keluar bekerja semata-mata kerana duit dan abaikan tanggungjawab Ma kepada Izz Rayyan.  Ma lakukan semua ini untuk persediaan masa hadapan yang tidak tentu lagi bagaimana.  Ma inginkan yang terbaik untuk anak Ma.  Ma telah sediakan insurans dari awal lagi.  Bukan semata2 hendak bermewah2 mendapatkan rawatan di swasta tetapi untuk masa hadapan . Andaikata Ma pergi awal, Ma telah tinggalkan tabungan untuk simpanan, pendidikan dan  perubatan untuk Rayyan tanpa perlu menyusahkan orang lain.  Ma ingin Rayyan mendapat pendidikan terbaik (tadika, buku, tuition, ipt, sek. agama etc).  Ma mahu kita sekeluarga mampu untuk pergi melancong supaya pemikiran kita berkembang dan mengeratkan hubungan .  Ma mahu sediakan tempat tinggal yang terbaik untuk anak Ma.   Insya'Allah Ma akan pastikan anak Ma mendapat kehidupan yang lebih baik dari Ma dan Ma akan buat yang terbaik selagi Ma termampu.. Ma juga akan cuba sedaya-upaya pastikan Rayyan dilengkapi serba-serbi yang mencukupi jika ditakdirkan Ma dipanggil Ilahi awal.

Tetapi ini semua memerlukan Ma untuk menolong Abah.  Abah masih belum dikurniakan rezeki untuk mampu menanggung semua ini bersendirian.  Walaubagaimanapun Ma berjanji akan memastikan anak Ma mendapat Ma yang terbaik. :) .. Ma akan cuba untuk pastikan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga dan bukan sekadar kuantiti.  Insya'Allah Ma takkan mengabaikan tanggungjawab seorang ibu dan seorang isteri.  Insya'Allah, Tuhan akan menolong Ma menjalankan kewajipan ini.  Semoga Tuhan kurniakan kekuatan kepada Ma.

Wahai cahaya mataku Izz Rayyan yang bermaksud Kekuatan dan kepuasan, pintu syurga untuk orang berpuasa.  Ma berdoa Izz Rayyan kuat dan tabah menempuhi hidup yang penuh dugaan ini.  Semoga kehidupan Izz Rayyan dipermudahkan dan diperluaskan rezeki dan kesihatan.  Semoga Izz Rayyan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan Semoga dirimu seindah namamu.. amin..



Happy 2nd anniversary!!!

4th October 2010 ..
our 2nd wedding anniversary..
Sudah 2 tahun kami bersama & perjalan masih jauh..

Kami berdoa .. (pray pray pray)
~ semoga segala urusan kami dipermudahkan
~ Rezeki kami dipermurahkan
~ dikurniakan anak2 yang soleh & solehah
~ bahagia dunia akhirat
~ jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat..



Semalam.. Mama Linda datang rumah.. so dia request nasik ayam sebab tak dapat datang hari hahad hari tuh.. so I masak laa.. n Mama linda belikan kami muffin & Secret Recipe cake utk anniversary kami.. wawawawawa.. saya sangat suka laaa...


Anniversary cake.. nyum nyum


mari potong cake.,.



 Last year kami tak celebrate pun our 1st anniversary.. sebab pulus takde.. baru beli rumah mase tuh.. heheh.. dis year saye pun tak expect more sebab baru masuk rumah.. bak kate hubby kita celebrate kat rumah jer laa.. kiranyer rumah is our anniversary present.. ok la kan.. but on that precious day.. hubby balik keja terus naik bilik.. pastu tak turun2..pelik jugakkan.. mase tuh tgh masak.. pastu naik laa bilik nk mandikan rayyan.. tgk2 ade a sejambak mungee rose pink atas iron board.. wawawawawa... pandai jugak laki aku wat suprise.. suke suke suke suke sgt..!!!! Tengkiu so much!!!!



dapat  mungeeee..



Apabila orang bertanya..

Dah ramai sangat tanya nih.. bila Abah ko nk kawen lg? ko kasik tak abah ko kawen lg? ... and jawapan dari saye ialah .. "NO" .. :)

Paling awal soalan tuh ditanya pada saya sejak minggu pertama pemergian emak..Mungkin ade orang yang akan cakap saya sangat pentingkan diri.. saya taknak tgk abah saya bahagia.. saya anak yang tak bertanggungjawab sebab biarkan abah saya kesepian tiada teman.. lagi2 anak2 jaoh diperantauan..and yada yada yada yada... chewaahh..

Banyak reasons untuk jawapan saya.. the most concrete reason is my mom just passed away tak sampai pun 6 months lagi..  Sampai sekarang saya masih tidak sanggup memegang & mencium baju2 emak, menatap gambar emak.. saya masih tak cukup kuat.. Saya akui saya sangat lemah.. tersangat2 lemah.. even luaran saya nampak macam dah move on but deep in my heart.. who knows..

So do you think I'm ready to have a new mom? 

Setiap jawapan bagi sebarang soalan pasti berkaitan dengan pengalaman / pengetahuan si penjawap kan.. so.. pandai2 pk sendiri what WE have gone through.. specifically, what Arwah have gone through.. enough is enough..

Plus, I strongly believe.. Abah sangat sangat sangat sayangkan emak.. I still saw sadness in his eyes.. and I know he is missing my mom..

So do you think it is easy to forget someone we love and replace with other?

For me, soalan ini adalah soalan yang sangat sensitif untuk ditanya pada waris simati.. (pendapat saya) .. Soalan itu sangat menusuk jiwa.. and I keep in mind that I will not ask others that question..

I know people will blame me.. :) .. but actually who cares.. Kami sekeluarga yang akan menghadapi semuanya.. and orang yang bertanya hanya tengok dan lihat apa yang terjadi..paling2 tidak pun bagi nasihat dan semangat..

~ Actually soalan tu normal if u tanya and get the answer then u diam..but when u got the answer from us then questioning us and blaming us.. hurm.. boleh hilang mood laa..

~ Jawapan "NO" tu adalah jawapan untuk sekarang.. but who knows Allah S.W.T membuka pintu hati kami untuk menerima orang baru? Wallahhualam..

Al-fatihah

nota kaki: saya mintak mahap jika entry saya ada mengguris hati sesiapa.. ini luahan hati saya and i don't know how to express it and to tell directly to the penanya..

~ Contest Happy moment ~



Waaaaaaahhh.. 
Ma Rayyan telah di tag oleh Ibu Farzana untuk menjoinkan diri dalam contest yg dianjurkan oleh Ayuni.. nampak menarik and Ma Rayyan sgt teruja nk join-moin.. 

Hanya jadik follower (Done), upload banner (done) and upload gambor yg sgt sgt happy (done)... sonang kan..  Lagipun di blog Ayuni ade jual brg macam2 n ini adalah promosi pengenalan...

Wokey..gmbr dibawah adalah gmbr yg Ma Rayyan rase the very happy moment.. This pic was taken last week (14/8/2010) sempena majlis bebuka puasa di Yayan's castle.. all the girls in dis pic are my former classmate during degree in UITM Shah Alam 2007.. hurm.. what a happy moment.. setahun sekali berjumpa memasing bawak anak.. sgt besh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


tgk Ayuni kami sume tersengih-sengih kegembiraan.. dan ini menunjukkan kami memang benar2 happy!!! .. :) 

So.. Ma Rayyan nk tag:
Ayong - My Decor Art 
Umi Acha 




Apo kono eh jang...

Mak aiiii.. dah berhabok blog aku nih.. well I kan bz woman.. maen game pun dah tak sempat.. lgpun kesedihan masih melanda sejak pemergian emak.. so tiap kali nk type mesti yg sedih2 jer.. sekarang dah ok sket kot.. :) 

Mula2 mari mengupdate pasal Rayyan dulu..

Izz Rayyan bin Zulfadly - 8 months

Sekejap jer Rayyan dah 8 months.. dah besar dah baby ma nih.. Ekceli.. Rayyan nih tak byk ragam.. just kena layan dia main (tp dia sgt kuat main & sgt susah tido), cukup makan & cukup susu .. ok laa.. however.. dia sgt lasak.. ma dia sampai lebam2 & calar balar dia wat.. hurm.. pastu dia nih pantang lepa.. ade je keja yg dia nk wat.. pastu tergolek.. bertelur la kepala tuh.. adoii.. sedey sgt ma.. beli toys byk2 utk dia pun tak guna.. kengkadang jer dia nk main.. dia suka menda yg bukan toy.. sila lihat pic di atas.. anda nampak dia main senduk kan.. haaaa.. tu la fevret dia.. senduk, cawan, mekap ma, makan kasot & etc etc..

So perkembangan terbaru Rayyan is dia dah nk cuba2 diri lepas tgn.. however just got it for a few seconds only..pastu gedebukkk.. Ma tak harap sgt Rayyan cepat jalan ke cepat lari ke or cepat segala2 nyer dr org lain.. yg ma harap, rayyan sihat walafiat, jadik anak yg baik & mampu belajar dgn baik.. tp kalo dapat bijak bestari, cerdik pandai, cargas and handsome.. alhamdullillah.. syukur amin.. hihihi

ok..enuff wit Rayyan.. kalo nk tulis pasal dia nih leh wat book kot..

Abah Rayyan - Zulfadly bin Shahib



Atas digambar is my lovely hubby.. aritu 20/7/2010 was his birthday.. dah mmg lumrah perangai I tak reti nk suprise muprise nih.. hahahha.. Just gave him in advance present (sunglass & Ray Ban spectacle) , kasih sayang & kisses.. hahahha..

Kami Bahagia.. horray horray...
Awal bulan hari tu kami pegi vacation kat Langkawi.. kalo takde gathering kolej my hubby mungkin lame lg kot nk g vacation.. hehhehe.. tengkiu organizer.. kami pegi budget vacation jer.. stay kt tanjung mali motel.. bak kate ayit.. cadar ala-ala bangla.. water heater rosak, flush rosak (harus la jirus dgn 1 baldi air) & plaster siling tercabut.. hihihi.. tp I tak kisah.. sebab itu jer yg mampu.. laki I nk bawak g vacation pun dah cukup bagus.. tengkiuuuuu very much..

so..inilaa brg2 yg kami beli dr sane.. tak beli periuk2 ke, set pinggan mangkuk ker ape ker.. sebab takde duit (terus-terang saje).. hhahah .. ini saje saye sudah habes RM250.00 .. wooo..

Idoklee sampai stok setahun bak kate Puan aien..

E.M.A.K

Emak,
masa Ija tulis nih,
Emak dah seminggu pergi tinggalkan kitorang,
Ija ingat lagi,
Abah call suruh balik Ipoh cepat,

Abah cakap keadaan mak dah tak stabil,
Abah cakap sebak sgt mak..

Emak,
Ija sedih sgt tgk mak terbaring atas katil tuh mak,
Keliling mak penuh dgn macam2 mesin,
Mak bergantung dgn bantuan oksigen,
Ija cium mak puas2,
Ija usap2 kaki mak,
Mak respond dgn gerak2kan kaki mak,
Ija suka sgt mak,
Ija tau mak sedar yg kitorang semua ada dekat dgn mak,

Emak,
Kitorang semua tak putus2 bacakan mak Yassin,
Tiba2 bacaan kat mesin tuh makin lama makin turun,
Doc cakap mak dah tak boleh terima oksigen tuh,
Doc suruh ajar mak mengucap,
Air mata ija mencurah2 tak tertahan,
Ija tak boleh nk sebut perkataan Allah kat telinga mak,
Along yang ajar mak mengucap and sebut Allah kat telinga mak,
Tiba2 kitorang tgk mak dah berhenti bernafas,
Ija tau Allah dah ambil mak dari kitorang semua,
Allah lagi sayangkan mak.

Emak,
Emak ingat tak Ija balik jumpa emak 2 minggu lepas,
Masa tuh mak dah tak boleh bercakap,
Emak baring jer,
Ija tanye mak,
Mak sayang ija tak? Mak rindu Ija tak?
Mak kate mak SAYANG mak RINDU,
walaupun susah mak nak sebut
Ija belikan mak bubur MCD,
Mak kate sedaaap sgt,
Lepas tuh mak main dgn Rayyan,
Ija tgk mak tergelak2,
Seronok Ija tgk mak mase tuh

Emak,
Ija terkilan sgt mak,
Ija nak sebut IJA SAYANG MAK sebelum Ija balik,
tapi mulut nih tak terkeluar perkataan tuh,
Ija cium tgn mak,pipi mak, dahi mak,
Ija cakap dalam hati jer,
Berat sgt nk tinggalkan mak.

Emak,
Opah Chu kate kitorang adik beradik cukup bagus jaga mak,
tapi Ija rase tak cukup lagi mak,
Ija tak puas jaga mak,
Patutnyer ija balik minggu depan jaga mak,
Ija dah bagitau abah ija nak duduk ipoh 3 minggu nak jaga mak,
tapi tak sempat mak.


Emak,
Semua kenangan yang mak tinggalkan,
Semua yang indah2 belaka,
Bila bercerita pasal emak,
Pasti kami bergelak-ketawa,
Emak seorang yang sangat kelakar,
Emak seorang yang sangat pentingkan pelajaran,
Emak seorang yang sangat kuat,
Emak seorang yang sangat pandai masak,
Emak sangat sayangkan anak-anak mak,
Emak sanggup tanggung derita demi anak2,


Emak,
Ija redha permergian emak,
Emak dah tanggung sakit lama sangat dah,
Allah dah bagi pinjam mak kat Ija dah lama dah,
Ija mandikan jenazah mak,
Ija cium dahi mak buat kali terakhir,
Ija hantar mak sampai ke liang lahad,
Masa diorang nak kebumikan mak,
Ija tak boleh terima mak,
Ija rase macam nak ikut mak sekali,
Ija tak nak balik,
Ija nak tunggu mak kat situ,
Ija macam dah hilang kewarasan


Emak,
Ija bersyukur,
Emak pergi dengan senang walaupun mak penah sakit lg teruk sebelum ni,
Emak kritikal tak lama,
Abah jaga mak dengan penuh sabar,
Abah jaga mak sampai akhir hayat mak,
Abah sedaya-upaya penuhi permintaan mak,

Emak,
Ija janji dengan mak,
Ija akan jaga abah sebaik mungkin,
Ija akan balik tgk abah sama macam masa mak hidup dulu,
Ija akan ziarah kubur mak selalu,
Ija akan selalu sedekahkan Al-fatihah dan Yassin utk mak,

Al-fatihah to Almarhumah Norlaila binti Noresah
5th April 2010
12.14 a.m
Semoga Allah tempatkan roh mak dikalangan orang-orang beriman,
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mak
Semoga Allah ampuni segala dosa-dosa mak
Semoga Allah terima semua amalan kebaikan mak

~ Emak akan sentiasa dihati Ija~