Ma sangat bersyukur kerana Allah S.W.T telah beri peluang yang sangat beerti dalam hidup walaupun sementara iaitu:
- Dapat menjaga Izz Rayyan bin Zulfadly sepenuh masa
- Menjadi suri rumah sepenuh masa kepada Zulfadly
- Menjadi anak sepenuh masa pada bulan-bulan terakhir sebelum Tuhan mengambil kembali Norlaila Abd Hamid..
Selain dari kegembiraan dan kesibukan menimba ilmu, masa-masa yang ada digunakan untuk menjalankan kewajipan. Dalam masa setahun, aku sempat kerap balik and tinggal lama di Ipoh untuk menjaga arwah emak yang sedang sakit. Lebih-lebih lagi apabila emak sudah tidak boleh bercakap serta tidak boleh bangun dan jalan sendiri tanpa dipimpin. Terima kasih sangat-sangat kepada abah Rayyan kerana memberi keizinan untuk Ma balik Ipoh. Cuma nasib tidak menyebelahi kerana rancangan untuk balik tidak sempat kerana Allah S.W.T telah terlebih dahulu mengambil emak. Untuk pertama kali nya dalam hidup emak, tiada seorang pun anaknya dapat menjaga emak ketika emak ditahan dihospital buat kali terakhir. Mira di Sarawak, aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan assignments dan Along sedang berusaha untuk menyiapkan kerja yang tertunggak kerana telah bercuti lama untuk menjaga emak. Hanya abah peneman setia emak sehingga akhir hayatnya. Selama ini aku sanggup tinggalkan kerja2 semata2 untuk menjaga Emak tetapi kenapa pada saat2 aku berusaha menyiapkan kerja yang tertunggak, Emak pergi tinggalkan aku?. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya hati ini. Tapi aku percaya semua ada hikmahnya.
Emak pernah berkata pada kami sejak kecil, "semoga Tuhan mengambil nyawanya setelah anak-anaknya pandai berdikari dan hidup sendiri". Itu kata-kata dari seorang insan yang menderitai penyakit dan mengetahui bila-bila sahaja ajalnya akan sampai. Emak tinggalkan kami serba-serbi lengkap. Dia telah sekolahkan kami, telah mendidik kami, mengasuh kami dengan baik walaupun kehidupannya sentiasa dirundung masalah. Sangat memuja semangat dan cara fikirannya walaupun hanya bekerja dikilang tetapi mempunyai akal fikiran yang sangat terbuka dan jauh kehadapan. Selalu berpesan "Emak nak anak-anak emak semua berpendidikan tinggi dan bekerja.. emak taknak korang hidup susah dan boleh teruskan hidup tanpa menyusahkan orang 'andaikata' rumahtangga ditimpa masalah.. hidup ini tak boleh dijangka". Emak sangat mengajar dan mementingkan INDEPENDENT & SURVIVAL SKILLS didalam diri anak-anaknya. Pengalaman hidup kami telah megajar kami menjadi gigih dan berusaha mencari rezeki sendiri... KAMI SUDAH PENAT SUSAH..
Oleh itu anakku, bukan niat Ma keluar bekerja semata-mata kerana duit dan abaikan tanggungjawab Ma kepada Izz Rayyan. Ma lakukan semua ini untuk persediaan masa hadapan yang tidak tentu lagi bagaimana. Ma inginkan yang terbaik untuk anak Ma. Ma telah sediakan insurans dari awal lagi. Bukan semata2 hendak bermewah2 mendapatkan rawatan di swasta tetapi untuk masa hadapan . Andaikata Ma pergi awal, Ma telah tinggalkan tabungan untuk simpanan, pendidikan dan perubatan untuk Rayyan tanpa perlu menyusahkan orang lain. Ma ingin Rayyan mendapat pendidikan terbaik (tadika, buku, tuition, ipt, sek. agama etc). Ma mahu kita sekeluarga mampu untuk pergi melancong supaya pemikiran kita berkembang dan mengeratkan hubungan . Ma mahu sediakan tempat tinggal yang terbaik untuk anak Ma. Insya'Allah Ma akan pastikan anak Ma mendapat kehidupan yang lebih baik dari Ma dan Ma akan buat yang terbaik selagi Ma termampu.. Ma juga akan cuba sedaya-upaya pastikan Rayyan dilengkapi serba-serbi yang mencukupi jika ditakdirkan Ma dipanggil Ilahi awal.
Tetapi ini semua memerlukan Ma untuk menolong Abah. Abah masih belum dikurniakan rezeki untuk mampu menanggung semua ini bersendirian. Walaubagaimanapun Ma berjanji akan memastikan anak Ma mendapat Ma yang terbaik. :) .. Ma akan cuba untuk pastikan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga dan bukan sekadar kuantiti. Insya'Allah Ma takkan mengabaikan tanggungjawab seorang ibu dan seorang isteri. Insya'Allah, Tuhan akan menolong Ma menjalankan kewajipan ini. Semoga Tuhan kurniakan kekuatan kepada Ma.
Wahai cahaya mataku Izz Rayyan yang bermaksud Kekuatan dan kepuasan, pintu syurga untuk orang berpuasa. Ma berdoa Izz Rayyan kuat dan tabah menempuhi hidup yang penuh dugaan ini. Semoga kehidupan Izz Rayyan dipermudahkan dan diperluaskan rezeki dan kesihatan. Semoga Izz Rayyan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan Semoga dirimu seindah namamu.. amin..
6 comments:
very syahdu~
Begitu hebat pengorbanan seorang ibu.. Kepada mereka yg masih mempunyai Ibu mereka.. sayangilah mereka selama mana mereka masih ada di dunia ini....
aminnnnnnnnnn.....smga sgla doa akan dimakbulkan...smga sgla yg terbaek dpt dilakukan slagi hayat kita masih ada....
Zaim: yes dear.. ibu adalah segala2nya.. sementara masih ada hargai laa mereka.. katakan kita sayang mereka.. even yg dah pergi.. kita tunjukkan kasih sayang kita dengan mendoakan mereka..
Dee: someday ko jugak akan jadik seorang ibu.. insyaAllah.. semoga kita dapat buat yg terbaik dgn status "ibu bekerja"..
aminn..moga Allah swt beri yang terbaik pada kita dan kita sentiasa tidak melupakannya insyaAllah
Post a Comment